Thursday 16 June 2011

Protokol berurusan dengan media cetak & elektronik...

da lame tak update...tak ada masa yang betol-betol free nak bermanja dengan blog ni buat masa sekarang...
ni pon orang semua dah balik, ada peluang sikit...

emm...nak cerita pasal pengalaman yang aku dapat sepanjang menguruskan fashion show yang baru je semalam berlangsung... still fresh from oven la cerita ni..so banyak yang masih aku ingat...

yang aku nak cerita untuk entry kali ini adalah berkenaan pengalaman aku menguruskan jemputan press dan media iaitu majalah dan suratkabar...


                              
aku selaku penolong pegawai khidmat pelanggan telah ditugaskan untuk menjemput media...ni yang nak habaq mai ni...aku yang memang sah-sah la tak de background media dan komunikasi ni memang mula-mula tak tau nak mula dari mana nak carik orang-orang media ni...blurr jap... dan aku hanya mencari maklumat melalui internet je...gi kat website akhbar/majalah tu, call office, minta sambung ke majalah yang berkaitan fesyen, dan dapatlah contact beberapa wartawan atau editor...

lepas tanya, maklumkan event tu semua, kita kena email atau fax surat jemputan... baik buat dua-dua, email dan fax...sebab, aku difahamkan, TV3 tak baca sangat email ni...dan fax lak takut merayau ke mana-mana entah surat jemputan tu...jadi baiklah telefon dulu, deal terus dengan wartawan tu, baru email/fax surat jemputan... ok!! selamat sikit....

dan semasa hari kejadian tu, haa...ni ni nak habaq mai, sebab tak ada pengalaman sebelum ni kan...
bila majlis dah nak mula, tempat tu akan start penuh tau, crowd kerumun...
so adalah sangat susah nak kenal pasti mana wartawan,orang media ni semua...
,kena buka satu kaunter pendaftaran media...tulis perkataan MEDIA besar2.., biar fotografer,wartawan,editor tu senang nak mendaftar, dan diberikan tag..senang nak detect...masa tu jugalah minta mereka isi contact details seperti nama penuh,nombor telefon,email rasmi dan tidak rasmi, dari company mana, dan jawatan mereka...
jadi kita ada data untuk follow up!! untuk urusan sijil ke, press kit ke...ok!!

sampai sini dulu laporan aku..hehe

jumpa di lain majlis k..




sekian...tata~

No comments:

Post a Comment