Wednesday 11 January 2012

Registration

Minggu Pendaftaran Pelajar Baru Sijil Modular Kebangsaan

Tarikh : 10 Jan 2012
Tempat : Cortyard & Bilik Pameran
Masa : 8.30am - 12.30pm

Kami baru sahaja habis mendaftarkan lebih 300 pelajar modular bagi lima kursus utama di kolej ini.

Aku ditugaskan menjadi ketua bagi kaunter B iaitu kaunter IDBMS dan Yuran. Tugas aku memantau kelancaran proses pendaftaran pelajar baru ini.


KAUNTER A (SEMAKAN)
Ketua : Nurul Sabrina
Target : Pelajar baru dan SMK lanjutan

Proses pendaftaran bermula dari Kaunter A iaitu Semakan yang diadakan di coutyard (court badminton). Sabrina adalah Ketua yang memnyelaras Kaunter A ini. Di Kaunter A ini, pelajar menyerahkan semua item-item yang diperlukan dalam proses pendaftaran ini untuk disemak seperti :
- IC asal (untuk disemak) dan salinan IC
- Surat tawaran asal
- Borang BHHP1-7
- Sijil-sijil berkaitan... (antara yang penting adalah sijil berhenti sekolah, sijil koku)
- Wang pos (atas nama Pengarah Kolej Komuniti Selayang)

Strategi & Penambahbaikan kaunter B :
1) membuka 2 meja untuk setiap kursus
2) menyediakan borang kosong sahaja, tanpa nama pelajar, untuk mengelakkan jammed di mana-mana kaunter. ini bermaskud, pelajar bebas untuk pergi ke mana-mana kaunter yang dirasakan selesa.

KAUNTER B (IDBMS dan Wang Pos)
Ketua : Rahila
Target : Pelajar baru dan SMK lanjutan

Selepas semua dokumen disemak di Kaunter A, pelajar akan ke Kaunter B untuk menyerahkan dokumen tersebut untuk disimpan oleh pensyarah kelas.
Tugas Pensyarah yang menjaga Kaunter B adalah :
- Menyemak dan menyimpan Surat Tawaran, Borang BHHP 1-7
- Menyemak IC asal dan meyimpan salinan IC, (tindakan : doubleslash di atas IC dan tuliskan KKSY bagi membatalkan penggunaan salinan tersebut)
- Mengambil wang pos yang sudah ditulis Pengarah Kolej Komuniti Selayang (Tindakan : Minta pelajar menuliskan Nama, No.Tel, dan Nama SMK dibelakang Wang Pos)
- Menyimpan 4 keping gambar passport (Tindakan : tuliskan nama dan SMK di belakang gambar)

Strategi & Penambahbaikan kaunter B :
1) Tagging kaunter perlu dilekatkan di sebelah kanan meja, bukan di hadapan meja kerana pelajar tidak dapat melihat tagging tersebut sekiranya ada pelajar duduk untuk mendaftar.
2) menyediakan 2 pen, pensil, stapler dan klip kertas untuk kegunaan pensyarah pendaftar
3) Menyediakan beberapa sampul putih untuk setiap SMK untuk memasukkan wang pos yang sudah dikumpul
4) Menyediakan kotak sehari sebelum hari pendaftaran untuk memasukkan data pelajar yang banyak untuk mudah diserahkan kepada Ketua Program setiap unit untuk tindakan lanjut.
5) Menyediakan borang kosong juga, tanpa nama untuk memudahkan mengenalpasti pelajar yang mendaftar
6) Pengurusan pelajar lama (SMK Lanjutan ) : - Fotostat jadual kelas dan beri on the spot supaya mereka alert masa kelas pada minggu seterusnya,
- Memberikan sijil Modular sebelumnya dan tandatangan borang transkrip dan sijil
- Penting : Surat tawaran SMK Lanjutan hendaklah diberitahu lebih awal kepada pelajar agar diserahkan pada hari
pendaftaran dan BUKAN beberapa minggu sebelum pendaftaran kerana implikasinya kehilangan borang dan menyukarkan
pensyarah pendaftar mengenalpasti nama kursus pelajar tersebut

* Dokumen yang perlu diserahkan oleh pelajar lama (SMK Lanjutan ) hanyalah surat tawaran, Wang Pos, salinan IC dan gambar passport (untuk kad matrik)
* pelajar juga membawa resit berwarna kuning bertulis Koperasi, pelajar perlu menyimpan resit tersebut untuk diserahkan kepada Kaunter C

Cadangan penambahbaikan : di kaunter ini, semua pelajar baru dan lama berkumpul di satu meja yang sama. agak sukar meguruskan data pelajar lama, kerana bercampur dengan yang baru. Dicadangkan agar membuka dua kaunter untuk setiap SMK, ataupun menyediakan dua meja sebagai membahagikan pelajar baru dan lama dengan Tagging bertulis Pendaftaran pelajar SMK BARU dan Pendaftaran pelajar SMK LANJUTAN

KAUNTER C (KOPERASI)
Ketua : Afzarini
Target : Pelajar baru

di Kaunter C, pelajar perlu menyerahkan resit kuning bertulis koperasi. Yuran yang telah dibayar adalah :
- Yuran Pelbagai - RM100++ (berbeza mengikut program)
- Insuran - RM44
-Yuran Peralatan - RM300++ (berbeza mengikut program)

No comments:

Post a Comment