Thursday 19 April 2012

LiftMagic - Hilangkan kedutan wajah secara online

Tidak perlu pembedahan plastik untuk kagumkan individu lain dengan foto gambar anda. Berkedut, kening tebal atau senyuman ‘senget’ pada gambar boleh diperbaiki dengan peralatan ubah gaya anti penuaan dan pembedahan kosmetik segera LiftMagic. Wah, hebat bunyinya bukan?
liftmagic
Ini bukanlah pembedahan sebenar tetapi aplikasi talian menarik yang boleh anda gunakan untuk membuat suntingan pada wajah foto digital dan memperbaikinya agar lebih manis dipandang. LiftMagic bagaimanapun tidak membuat perubahan besar pada foto wajah anda (jika ada yang mengharapkan perubahan besar). Namun cukup untuk anda melihat sedikit perubahan pada kedutan dan elemen lain wajah serta hasil yang lebih natural dan tidak terlalu ‘dibuat-buat’.
Homescreen – Skrin utama LiftMagic ringkas sahaja. Selepas anda mengunjungi URL yang disediakan, anda akan dibawa terus ke peralatan suntingan untuk membuat perubahan dalam tiga langkah mudah.

Muat naik – Muat naik gambar anda untuk membuat suntingan atau anda boleh muat naik daripada Facekeep iaitu storan simpanan foto talian.
Rawatan – Rasa seperti doktor pula apabila menyebut rawatan. Apa pun, LiftMagic menyediakan beberapa senarai rawatan yang boleh anda lakukan pada foto wajah seperti meninggikan kening, pembetulan senyuman dan mengurangkan kedutan di bahagian tertentu.
Mulakan perubahan – Perubahan boleh dilakukan secara klik pada jenis rawatan dan seret untuk tahap perubahan yang anda perlukan.
Rebiu – Anda boleh melihat rebiu atau ringkaskan perubahan yang telah dilakukan pada foto wajah anda itu sebagai perbandingan.
Kongsi – Kongsikan gambar ‘makeover’ anda tadi secara emel kepada rakan. Anda juga boleh menyimpan gambar dalam format JPEG dengan klik pada gambar berkenaan.

No comments:

Post a Comment