Thursday 19 April 2012

Guna 7-Zip sebagai pengganti WinRAR dan WinZip


WinRAR dan WinZip merupakan dua perisian yang popular digunakan untuk mengekstrak dan memampatkan fail. Namun begitu, kedua-dua perisian adalah perisian yang berbayar dan mempunyai tempoh yang tertentu untuk versi percubaannya. apabila tempoh percubaannya ada ciri perisian tersebut tidak lagi dapat digunakan.

Jadi, sebagai alternatifnya kita boleh gunakan satu perisian yang mempunyai ciri yang hampir serupa dengan WinRAR dan WinZip iaitu 7-Zip. 7-Zip ini merupakan satu perisian sumber terbuka dan percuma untuk memampat(compress) atau mengekstrak(extract) fail. Perisian ini juga menyokong banyak jenis extension seperti .zip, .rar, .tar, .7z, .iso, .deb, .fat dan lain-lain.
7-Zip ini juga mempunyai kadar compression yang lebih tinggi daripada WinZip bagi untuk pengurusan fail jenis zip. Ia juga mempunyai kebolehan untuk self-extract bagi fail jenis 7z. Perisian 7-Zip ini boleh pada semua jenis Windows dan Linux tanpa sebarang bayaran. Berikut adalah screenshot perisian 7-Zip.

 
Bagi yang berminat, boleh muat turun perisian tersebut di laman web 7-Zip.

No comments:

Post a Comment