Monday 26 March 2012

Proses Membuat Pasport Malaysia

Untuk bergerak ke luar negara samada melancong atau urusan rasmi, antara perkara paling penting adalah :

1) PASPORT / VISA : mempunyai pasport yang masih belum tamat tempohnya. (tempoh sah pasport adalah 6 bulan sebelum tarikh penerbangan. Jika kita buat pasport utk 2 tahun, maka 6 bulan terakhir telah tamat tempoh,maksudnya tempoh sahlaku pasport kita hanya 1 tahun setengah sahaja...
kalau negara yang perlukan visa, jangan lupa apply visa seminggu awal sebelum berangkat yer…
2) Check status Imigresen samada blacklist atau Tiada halangan (boleh check di imigresen)
     antara punca nama disenaraihitam (blacklist) adalah kerana kegagalan menjelaskan pinjaman PTPTN
3) Book tiket flight...

dan seterusnya seperti pakej ke sendiri, hotel,transport, tour guide boleh diatur kemudian... :)

Proses Membuat Pasport Malaysia

Lokasi : Imigresen di Sri Rampai (dekat sgt ngan Tesco wangsa Maju)
Bayaran : RM100 untuk 2 tahun   @ RM 300 untuk 5 tahun
* aku amik RM100 untuk 2 tahun.. lagi untung dari amik RM300 utk 5 tahun... reason buat harga camni sebab orang malas nak buat pasport banyak kali.


Gambar : Imigresen Sri Rampai (berhampiran Tesco Wangsa Maju)

Dokumen yg perlu di bawa :
Gambar pasport 2 keping ( to be save, bawa la 4 keping, tapi pakai 2 je)
Fotostat IC depan belakang (1 salinan shj)
Isi Borang di sana, kena tick kita pertama kali buat pasport atau renew.

* other option bagi yang tidak membawa gmbr pasport n salinan IC, di sana ada banyak kedai buat gambar pasport. amik gambar terus di sana, die print terus 4 keping, buatkan 1 salinan IC dan siap isikan borang tu, total cost is : RM10 (ok lah..even rugi sedikit dari bawa gambar sendiri)


Gambar : ade 4,5 kedai di sekitar Imigresen Wisma Rampai ni yang buat gambar pasport, fotostat IC n isikan borang..senang la

Proses :
1) Pergi ke kaunter pendaftaran  > ambil nombor giliran (kena cakap kita first time atau renew)
> di beri borang then isi borang tu > duduk dulu tunggu nombor dipanggil


kaunter pendaftaran

2) Nombor dipanggil, bawa semua dokumen yg telah diisi ke pegawai di Kaunter Semakan. dokumen disemak, gambar akan ditampal di borang, cap jari akan diambil. Di kaunter inilah imigresen akan check status PTPTN kita samada blacklist atau Tiada Halangan. Berdebar gak la.. duduk dulu sementara borang dimajukan ke Kaunter Pembayaran

3) Nombor dipanggil untuk ke Kaunter Pembayaran di sebelah kaunter semakan tadi. Resit dikeluarkan dan bayaran dibuat. Kadar dikenakan adalah RM100 untuk 2 tahun @ RM 300 untuk 5 tahun. boleh pilih :). Resit adalah seperti gambar di bawah


4) Nombor dipanggil untuk ke kaunter Kutipan pasport (seperti gambar di bawah)
Kaunter 16, 17, 18 adalah utk kutip pasport sahaja. Boleh beli cover berharga RM2.00. Untuk menunggu pasport siap, perlu menunggu 1 jam dari tempoh pembayaran.

SELESAI SUDAH!!!




Inilah pasport Malaysia.. (Luar)

 
                            (Dalam)

Dalam pasport ni ada chip elektronik. Di Airport, time arrival, kita akan letakkan pasport ni (tanpa cover) ke dalam alat pengimbas sebelum boleh ke bahagian Kastam.

* untuk renew pasport lebih mudah, ada kaunter Express di mana pasport akan siap dalam masa 1 jam sahaja.

No comments:

Post a Comment